Alice in Wonderland is an upcoming fantasy-adventure film directed by Tim Burton. It is an extension to the Lewis Carroll novels Alice’s Adventures in Wonderland and Through the Looking-Glass. The film will use a [...]

Alice in Wonderland is an upcoming fantasy-adventure film directed by Tim Burton. It is an extension to the Lewis Carroll novels Alice’s Adventures in Wonderland and Through the Looking-Glass. The film will use a [...]
Jennifer’s Body is a 2009 black comedy horror film written by Diablo Cody and directed by Karyn Kusama. The film stars Megan Fox, Amanda Seyfried, Adam Brody and Johnny Simmons and portrays a newly [...]
Sherlock Holmes is a 2009 film adaptation of Arthur Conan Doyle’s fictional character of the same name. The film was directed by Guy Ritchie and produced by Joel Silver, Lionel Wigram, Susan [...]
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1. jari manis
2. jari kelingking
dan jangan memakai pada jari
1. jari tengah
2. jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si dia kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: "Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia".'"
Hanya sekadar duduk dalam keadaan bersuci sahaja kita telah mendapat doa para malaikat. Jika kita berzikir, membaca al-quran, InsyaAllah pahala yang kita perolehi berlipat kali ganda
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
Terdapat satu cerita di zaman para sahabat dahulu. Dikatakan ada seorang yang datang ke masjid menaiki unta, dan pulang dari masjid berjalan kaki. Ini kerana pabila dia sampai ke masjid, dia bertanya "wahai sahabat, sudikah engkau menukarkan 1 tempat duduk saf dihadapan dengan unta ku ini?" . Disini kita dapat melihat umat dizaman Rasulullah keteguhan iman mereka dan berebut-rebut untuk mendapat ganjaran berada di saf hadapan.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
Afdal menyebut "amin" itu adalah pada "a" disebut sepanjang 2 harakat dan pada "min" disebut sepanjang 6 harakat. Ada beberapa pendapat menyatakan ini sebenarnya ganjaran syurga(Insyallah) kerana Allah S.W.T. akan mengampunkan dosanya yang lalu.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'"
10. Orang yang sedang makan sahur
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
Disamping dapat mengisi perut untuk menghadapi puasa di siang hari, ganjaran bersahur walaupun dengan memakan sebiji kurma adalah selawat para malaikat dan Sahur adalah satu-satunya perkara yang membezakan puasa umat islam dengan yang bukan islam.
11. Orang yang sedang melawat orang sakit
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
10 Barisan Malaikat
WAJIB diketahui
Malaikat seperti yang tercatat dialam Al-Quran, diciptakan oleh Allah S.W.T. daripada cahaya(nur) dimana tugasnya alah untuk beribadat kepada Allah dan bilangannya begitu banyak dimana dikatakan setiap rumput yang tumbuh dimuka bumi ini dijaga oleh 1 malaikat. Ada dinyatakan didalam caramah Ustaz Ismail Kamus bertajuk "Alam Jin" bahawasanya nisbah Malaikat, Jin dan Manusia adalah 90:9:1 (bagi 1 Manusia,terdapat 9 Jin dan 90 Malaikat). Namun sebagai umat islam, kita diwajibkan untuk mengenal 10 malaikat yang wajib diketahui iaitu:
Renungan bersama ...
Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta lembablah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
SATIR @ BATAS SOLAT | |
Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya. Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW." Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu dihadapannya ." Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu. Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: "Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya". Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: " Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan." ( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA FATWANYA ) |
Maksud talkin yang selalu dibaca utk orang yg
meninggal dunia.
Jika tidak tepet terjemahannya beritahu ya.. sama-sama kita menyampaikan kebenaran..
SAYA = Nama yang tertera di Kad pengenalan
WALLAHU A'LAAMM..
Khasiat Buah Pisang
Perhatian:
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .
Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!�
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatkan sesuatu.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.